Saturday, December 12, 2009

Pencarian Jurulatih Seni Silat Setiabakti Negeri Johor & Penubuhan Akademi Alam Satria


Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Sudah sekian lama tidak update blog nie.. Untuk post kali nie, saya ingin mewawarkan 2 pengumuman besar untuk peminat seni beladiri untuk bergabung dengan saya dalam usaha mengembangkan warisan budaya kita ini..


Pencarian Jurulatih-jurulatih untuk daerah negeri Johor (Kluang, Batu Pahat, Mersing, Pontian, Kulai Jaya, Segamat, Muar, Ledang, Kota Tinggi)... Bagi sesiapa yang berminat untuk bersama-sama mendalami ilmu buah pukulan setiabakti dan menjadi jurulatih untuk pertubuhan Seni Silat Setiabakti sila hubungi saya 0127976977 (Alwee Shamrin )

Teknik Buah Pukulan Setiabakti ini terlalu mudah untuk dipelajari merangkumi buah untuk pertahanan dan buah serangan.Penguasaan dalam tahap yang cepat. Untuk pelatih dari kawasan JOHOR yang benar-benar berminat untuk menjadi jurulatih, saya akan mengajarnya sampai ke tahap yang paling maksimum dan boleh didemokan, biarpun serangan tanpa dirancang.. InsyaAllah.. Semuanya dengan izin Allah.. Seterusnya akan saya bawa ke Kuala Lumpur berjumpa dengan Guru Dahlan untuk di ijazah dan ditauliahkan sebagai Jurulatih.. Rebutlah peluang keemasan ini..

Satu daerah satu jurulatih sahaja... Teknik pembelajaran secara bergelanggang singkat dan drill. Tempat belatih akan diaturkan selepas mendapat persefahaman.

Hugbungi saya segera 0127976977 - alweeshamrin@gmail.com



--------------------------------------------------------------------
PENGUMUMAN KEDUA

InsyaAllah sebelum akhir tahun ini atau awal tahun hadapan saya akan mendaftarkan satu pertubuhan iaitu "AKADEMI ALAM SATRIA" secara rasmi melalui Pertubuhan Belia (ROY)..Dan saya akan membuat pendaftaran dengan pesaka. Didalam akademi ini kita akan fokuskan perjuangan kepada aliran beladiri khususnya silat.

Cadangan saya ialah kita akan berkerjasama untuk mewujudkan dana untuk memiliki satu studio GYM Silat (Dojo) di daerah JOHOR BAHRU yang mana kita boleh gunakan untuk mengembangkan ilmu persilatan mengikut cara yang terkini, modern dan memberi keselesaan kepada pelatih-pelatih silat. Selain dari pembukaan studio banyak lagi agenda perjuangan warisan budaya ini akan diperbincangkan.

Saya sendiri akan mengajar 3 displin beladiri dalam akademi ini iaitu Silat Setiabakti, BETAKOS dan Silat Olahraga.

Bagi sesiapa yang berminat dan sanggup untuk memberi komitmen yang tinggi dalam perjuangan ini menyertai Akademi Alam Satria sila hubungi saya Alwee Shamrin 0127976977 - Terutamanya yang duduk disekitar Johor Bahru - Senai - Kulai - Pasir Gudang dan yang seangkatan denganya..

Saya hanya perlukan 7 orang yang benar-benar mampu untuk memberi komitmen sahaja.. Tidak kira ada pengalaman silat atau tidak, yang penting KOMITMEN.

Rujuk http://akademialamsatria.blogspot.com

Tuesday, September 22, 2009

SILAT OLAHRAGA - DVD oleh Cikgu RUzaidi Abd.Rahman


Salam.. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Untuk hari raya ni saya bersama beberapa orang sahabat saya sedang mempromosikan satu DVD yang istimewa bagi saya iaitu DVD latihan silat olahraga oleh Cikgu Ruzaidi.. Bekas juara kebangsaan dan dunia silat olahraga. 31 oktober ni hari pelancaranya.. daftar lah segera.. Berikut review tentang DVD tersebut :-



------------------------------------------------------------------------

DVD latihan silat olahraga oleh bekas juara kebangsaan dan dunia. Semua aksi di rakam menggunakan handy cam sony DCR - SR42. Editing BY Corel Video Studio 12. Kualiti HD. InsyaAllah segala tips dan teknik dapat dilihat dan difahami dengan jelas.

DVD akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober 2009 . DVD Siri 1 ini merangkumi latihan asas, teknik tumbukan, tendangan, jatuhan, serangan, belaan dan falsafah dalam pertempuran silat olahraga. Teknik yang anda perolehi ini boleh digunakan dalam pemakaian seharian.



Daftar Sekarang di http://silatolahraga.betakos.com untuk mendapatkan diskaun hebat untuk DVD akan datang serta diskaun kursus yang di anjurkan oleh Akademi Alam Satria sepenuhnya dikendalikan oleh Master Ruzaidi. DVD hanya akan dicetak sebanyak 100 salinan sahaja untuk jualan di Malaysia sahaja. Untuk Salinan seterusnya akan dinaikan harga kepada harga antarabangsa, hal ini kerana selepas 100 salinan di keluarkan ianya akan di pasarkan ke pasaran antarabangsa mengikut harga matawang asing.

Jika anda mendaftar hari ini, anda akan menerima mp4 tips dan petua dari Master Ruzaidi selama 20 minit khususnya dalam Silat Olahraga secara percuma.

Daftar Sekarang di http://www.silatolahraga.betakos.com.

Tuesday, July 7, 2009

Keris Jawa Naga Sostro Luk 11 Untuk Di jual


Assalmmaualikum...Kali nie ada promosi keris pulak.. kebetulan.. dalam simpanan ada keris naga sostro kembar luk 11 ingin "bertukar tangan" lihat gambar dibawah... Gambar tak berapa terang.. sebab ambil waktu malam...nanti besok siang saya ambil lagi sekali... panjang keseluruhan 20 inci setengah.. panjang bilah 13 inci... panjang hulu dan bilah 16 inci....









Pertukaranya : SUDAH DIJUAL KEPADA SAHABAT DI JOHOR BAHARU -- TERIMA KASIH
Hubungi Saya : 0127976977

Wednesday, June 10, 2009

Kursus Intensif Di rumah & Kursus Pemantapan Jurulatih

Salam semua.. lama sudah tidak melakukan posting terbaru..

Alhamdulillah.. hari ni baru tergerak untuk buat posting baru.. Tiada apa cerita baru, cuma baru saja lepas tamat sesi kursus intensif "Pukulan Buah Melaka" bersama seorang anak murid saya yang berumur 17 tahun. Semangat yang ada dan komitmen yang diberikan cukup bagus, Alhamdulilah beliau berjaya mewarisi beberapa asas pukulan buah melaka.

Latihan dibuat didalam rumah saya sahaja. Saya melakukan latihan dibantu dengan alat-alat protector seperti Thai Pad, Focus Mitt , Body target (anak Gajah) dan Body protector(Silat Body Protector).. Penggunaan alat ni semua adalah inisiatif dari saya sendiri kerana saya merasakan perlu dalam latihan dan ingin mewujudkan keadaan sebenar pertarungan..


Saya menggunakan Focus Mitt untuk melatih tumbukan "seturut". Agar tumbukan menjadi tepat dan lebih teratur.. Kerana bagi saya seturut itu mempunyai pergerakan yang amat pantas dan mempunyai "bunyi" yang tersendiri apabila dilakukan pada focus Mitt.. Tumbukan nampak sama seperti permainan silat lain tapi tak serupa sebenarnya.. Hanya yang belajar sahaja mengetahuinya.. Saya menggunakan jenama "ag-asi".. bukan jenama pada gambar ini..


Selain itu saya menggunakan "Body Protector" Silat untuk melatih "Tumbukan Sulong" dengan sasaran yang lebih tepat dan padu, agar yang melatih kurang sakitnya.. Dan saya mengikut cara cikgu Dahlan dengan mengajar seturut dengan membuka tangan..


Manakala "Thai Pad" dan "BOdy Target(anak Gajah)" saya gunakan untuk melatih tendangan dan sepakan...

Alhamdulillah sejak blog ini dilancarkan saya banyak menerima jemputan untuk kursus intensif untuk sekitar Johor Bahru.. InsyaALlah tak lama lagi selain dari Gelanggang di Sekolah Saya sendiri dan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.. Saya dah pun menerima jemputan untuk melatih beberapa orang belia di sekitar Air Hitam Johor.. Hanya tunggu lampu hijau sahaja dari sana...

pada bulan April yang lalu, semasa saya mengiklankan Kursus Intensif Latihan Pukulan Buah Melaka, Saya sudah berjaya menyampaikan permainan pukulan buah Melaka untuk beberapa orang dewasa yang lebih tua umurnya dari saya disekitar Johor Bahru termasuk seorang warga Singapura..

----------------------------------

Kursus Pemantapan Jurulatih


Pada 6 Jun yang lalu, saya bersama beberapa jurulatih Setiabakti yang lain telah berpeluh mengulangkaji pelajaran di Gelanggang Setiabakti Taman Permata, Ulu Klang.. Alhamdulillah, Cikgu Hamidi dan Guru Dahlan banyak membantu memudahkan saya dalam menyampaikan ilmu Pukulan Buah Melaka. Dan hasilnya hari ini saya dah pun gunakan kaedah tersebut dalam latihan intensif di rumah saya pada hari ini.. Terima Kasih Pakcik dan cikgu Hamidi...

Wednesday, March 11, 2009

Kursus Intensif Sehari Pukulan Buah Melaka


Kursus Intensif sehari pukulan buah melaka InsyaAllah akan di adakan pada 21 dan 22 Mac ini.. Khas untuk peminat buah pukul yang kesuntukan masa untuk bertandang dan menuntut dalam tempoh yang lama. InsyaAllah melalui program Intensif Setiabakti ini, peserta akan dapat menguasai kaedah dan falsafah asas buah pukulan sekaligus boleh menggunakanya. Dalam tempoh sehari InsyaAllah peserta akan dibimbing jua untuk menghayati "Gerak" lawan dan menghidupkan "Latah".

Tiada yang mustahil didalam dunia ini sekiranya menemui cara dan kaedahnya. Segalanya kita pulang dan panjatkan pada Allah yang maha Esa.. Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian : 0127976977 . Bantuan nota dan cd panduan turut diberikan.

Maklumat kursus :-

Kursus : Penyampaian Pukulan Buah Melaka
Tarikh : 21 / 22 Mac 2009
Waktu : Pagi sehingga Malam
Tmpat : Di daerah Johor Bahru ( Maklumat lanjut akan diberitahu kepada yang sudah
confirm sahaja )

Wednesday, March 4, 2009

Seni Silat Setiabakti Mekar Di Johor Bahru - Aktiviti Di SM Teknik Perdagangan Johor Bahru


Salam sekali lagi..

Alhamdulillah.. Sekali lagi.. Seni Silat Setiabakti di Johor bahru menebarkan sayapnya.. Kali nie Setiabakti mula mekar tumbuh di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru... Persatuan Seni Silat Setiabakti SMT Perdagangan telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi majlis Kejohanan Sukan Tahunan di Sekolah tersebut.

Sekumpulan pelajar sejumlah 15 orang telah mengambil bahagian dalam persembahan ini. Dimulakan dengan pergerakan "Langkah Panglima" di ikuti " Permainan Pukulan Buah Melaka", "Pentas Tempur tangan Kosong", "1 asas buah tongkat" dan di tutupi dengan "Jurus Wajib" yang di reka khas untuk persembahan..

Alhamdulillah sepanjang persembahan semuanya berjalan dengan baik cuma terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan(boleh dimaafkan). Semua pelajar yang turut serta dalam persembahan ni mengambil masa selama seminggu 3 hari untuk melaksanakan pergerakan dengan sempurna.


1.Langkah Panglima

-------------------------------------------
Pada 4/3/2009 Persatuan silat Sekolah ini telah mengadakan pendaftaran kedua untuk ahli barunya. Alhamdulillah seramai 46 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk mempelajari seni beladiri Silat Setiabakti. InsyaAllah latihan akan di adakan setiap hari Rabu jam 3.00 Petang Sehingga 5.00 Petang... Semoga usaha ini akan berterusan dan mendapat pertolongan dari Allah..

Apa yang menarik sewaktu penerimaan ahli yang baru terdapat seorang pelajar perempuan berbangsa India Kadazan turut berminat menyertai persatuan ini... Beliau juga turut bersama mengambil bahagian dalam persembahan pada hari sukan. Alhamdulillah...

Sedikit petikan gambar pada hari sukan sekolah :-



1.0 Permainan Tempur tangan Kosong Setiabakti









1.1Permainan Tempur Tangan Kosong (Buah Kacuk)







GAMBAR PENUH DI : www.flickr.com/photos/setiabakti-johor

Wednesday, February 11, 2009

Setiabakti Di Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor

Assalammualikum dan salam sejahtera..

Lama sudah saya tidak postkan artikel terbaru... terima kasih kepada pengunjung-pengunjung semua yang sudi melayari blog persilatan Setiabakti Johor Bahru.

Kali nie saya akan paparkan artikel berkenaan pergerakan persatuan Setiabakti di Johor.
Alhamdulillah, semenjak bulan oktober 2008 sehingga sekarang, aktiviti gelanggang pertama saya di Johor telah pun berjalan dengan baiknya... Sesi latihan biasanya dijalankan pada

setiap Jumaat sebelah malam- 9 hingga 10.30 malam. Lokasi gelanggang ini terletak di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi Johor (Daerah yang bersebelahan dengan daerah Johor Bahru).

Penubuhan kelab silat ini adalah melalui hubungan baik dengan barisan BELIA kampung sungai Telor yang sememangnya aktif dalam program-program membina modal insan.

Penyertaan ahli dari pelbagai lapis umur. Dari 7 hingga 16 tahun.. Penyertaan adalah sememangnya menggalakan. kelihatan remaja di kampung ini dahagakan ilmu persilatan. Bahkan diintai juga oleh kampung sebelah. Pada peringkat asas, mereka diajar dengan langkah panglima, langkah panglima pecah 4 di ikuti Jurusan dan buah pukulan.

InysaAllah kemungkinan besar pada bulan Mac 2009 ini akan diadakan perasmian pertama penubuhan kelab silat setiabakti kampung sungai telor.


1.2 Sesi asas buah pukulan


InsyaAllah dalam bulan Mac 2009, kelas buah pukulan untuk dewasa akan dibuka di Kampung yang sama juga. Mudah-mudahan perjuangan ini akan berjaya..

Sedikit gambar dari saya :-

Thursday, January 8, 2009

Rahsia Buah Pukulan Setiabakti


Dalam pelajaran Seni Silat Setiabakti terdapat pembelajaran "buah pukulan". Bagi saya silibus pembelajaran buah pukulan Setiabakti ni amat istimewa bagi saya kerana ianya mudah, ringkas dan penyudahnya yang amat istimewa kerana teknik buah pukulan ini tidak banyak "bermalam".Walaupun pada sesetengah keadaan bermalam ada gunanya juga, tetapi apabila disebut dalam "buah pukulan" segerak, seturut dan serasa merupakan natijahnya.

Dimulai dengan "buah sulung" yang disasarkan kearah anggota-anggota yang paling lemah menyebabkan musuh akan terkulai lebih awal sekaligus hilang tumpuan. Bagi saya yang sudah mengambil "rasa" ianya secara logik memang berkesan. Dari "buah sulung" disusuli dengan 2 atau 3 seturut InsyaAllah cukup untuk melemahakan pegerakan musuh. Bukan membeladiri sahaja diperturunkan bahkan untuk teknik menyerang pun turut disertakan.

Penguasaan buah sulung adalah satu asas yang perlu ditekankan bagi menjayakan teknik seterusnya.. Bagi saya teknik nie berbentuk "fleksible".. Bermula dengan buah sulung seterusnya boleh dipelbagaikan dengan buah-buah pukulan yang lain ataupun bagi mereka yang pernah mempelajari mana-mana aliran displin silat lain juga merupakan satu kelebihan kerana ia juga boleh diaplikasikan dengan teknik buah pukulan setibakti ini. Asasnya buah pukulan setiabakti dan boleh disudahkan dengan seturut, jatuhan dan juga kuncian.

Secara logiknya, sekira kita bertempur dengan sebenar-benar musuh.. Kita tidak punya masa yang lama untuk menyelamatkan diri.. Maka dengan buah pukulan InsyaAllah ianya pasti dapat memberi "impak" yang besar kepada musuh. Kadang-kadang kita perhatikan aksi pertarungan didalam televisyen seakan-akan lama waktunya bertempur tapi pada hakikatnya benarkah begitu? Bagi saya adegan pertarungan didalam cerita-cerita televisyen itu hanya penuh dengan "wayang" dan hiburan sahaja. Tetapi mentaliti kebanyakan orang mengatakan itu yang paling hebat.

Belum dicampur tolak dengan faktor umur, fizikal badan dan pergerakan pernafasan kita. Untuk bertempur dalam tempoh 3 minit pun pasti sukar... Melainkan individu itu sememangnya dilatih sebagi seorang "fighter", walaupun kita menerima latihan sebagai seorang "fighter" ia juga mempunyai tahap maksima penggunaan tenaga.. Cubalah kita sama-sama renungkan.

Saya berani berkata begini kerana saya mempunyai sedikit pengalaman sebagai seorang pesilat olahraga yang pernah bertempur sebagai fighter yang menjalani latihan khas silat olahraga yang sememangnya mendatangkan kebaikan sehingga memberi kemenangan dalam siri pertempuran olahraga dan juga berpengalaman sebagai pesilat olahraga yang kecundang kerana tidak cukup latihan khas.

Dengan tuntutan dunia hari ini, kesibukan masa dan bermacam-macam lagi.. Untuk melatih diri kita sebagai seorang ahli tempur pasti amat sukar. Jadi, dengan mempelajari teknik buah pukulan ni, InsyaAllah ianya cukup untuk pemakaian dalam hal-hal yang terdesak kerana buah pukulan setiabakti ni amat ringkas, mudah, cepat dan berkesan InsyaAllah.

Apapun penyerahan total kepada Allah adalah segala-galanya disusuli dengan usaha mempelajari ilmu beladiri. "Belajar tentang kehebatan bukan untuk menjadi hebat kerana sehebat-hebat manusia pasti ada lagi hebat. Sehebat mana pun manusia tu hakikatnya adalah lemah kerana manusia itu adalah mahkluk. Belajarlah tentang kehebatan untuk mengenal Pencipta Kehebatan kerana Pencipta kehebatan akan memberi HEBAT kepada manusia yang mengakui kehebataNya" Itulah kekuatan abadi dan hakiki. Usaha yang disertai dengan tawakal.