Thursday, June 9, 2011

Keputusan Pertandingan Kejuaraan Pencak Silat, Pemilihan Remaja Kebangsaan dan Permilihan Bakat SUKMA, Peringkat Negeri Johor Tahun 2011



Assalammualikum..

Dah berbulan tanpa pos, baru kali nie baru nak pos sementara belum naik sekolah nie..

Seminggu yang lepas saya telah membawa 17 orang anak didik saya dari SMT PErdagangan JB ke pertandingan Kejuaraan Pencak Silat, Pemilihan Remaja Kebangsaan dan Permilihan Bakat SUKMA, Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 yang diadakan mengikut butiran berikut:-

Tarikh: 26-29 Mei 2011
Masa: 8:00 pagi - 10:00 malam
Tempat: Atrium Aras1, The Zon Mall, Johor Bahru

Memang meriah pertandingan kali nie.. 187 orang pesilat bertanding dari seluruh daerah dan persatuan negeri Johor... Dah lama tak lihat kemeriahan pertandingan silat begini..

Dari 17 anak didik yang menyertai pertandingan ini, Alhamdulillah sudah ada peningkatan dari pertandingan yang lepas.. kali ini 2 orang pelajar saya yang berjaya sampai ke Final.. Tahniah diucapkkan.. walaupun baru pertama kali main dan baru 5 bulan berlatih dah dapat hasil yang agak baik..

Walaubagaimanapun, hasil penelitian post moterm terhadap pesilat saya, masih ramai yang gagal memaparkan pola langkah 8 dengan baik, langkah dan penghayatan silat dalam bertempur masih kurang, sering terikut2 lawan dan terlalu gemuruh. InsyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa..

Keputusan penuhnya, dapat 2 perak dan 7 gangsa.. Penat nak taip.. Jom tengok gambar jerk ..





Wednesday, March 9, 2011

Jom Tengok Remaja Silat - Kejuaraan Silat International Inter- Club




2ndJUNIORS INTERNATIONAL
PENCAK SILAT INTER-CLUB
JOHOR BAHRU 2011
PIALA DATUK NUR JAZLAN BIN TAN SRI HJ MOHAMED RAHMAT
PENGERUSI UDA HOLDINGS BERHAD MERANGKAP AHLI PARLIMEN PULAI

“SERUMPUN MELAYU SEMARAK PENDEKAR”
ANJURAN
PERSATUAN SILAT KEBANGSAAN JOHOR BAHRU
( PESAKA DAERAH JOHOR BAHRU )

DENGAN KERJASAMA

PARLIMEN PULAI
MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR
UNIT SUKAN BERPRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
JABATAN KEBUDAYAAN , KESENIAN WARISAN NEGARA
NEGERI JOHOR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU ( MBJB )
PERBADANAN STADIUM NEGERI JOHOR
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU
AHLI GABUNGAN PESAKA JOHOR BAHRU

CADANGAN TARIKH :
15HB MARCH 2011-20HB MARCH 2011

CADANGAN TEMPAT : BERTEMPAT
DIPUSAT BELI BELAH /KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

========================================================================

Minggu depan nie waktu cuti sekolah, akan diadakan pertandingan silat remaja mengikut maklumat diatas... Jadi untuk remaja yang tak tau nak buat apa cuti2 sekolah nie, Jom Kita Tengok silat..

Dalam pertandingan kali nie, saya menguruskan pasukan bagi persatuan Kota Tinggi. Saya turut menghantar pelajar dari sekolah saya,sekolah Teknik Perdagangan. Saya hanya membawa 7 orang pesilat dari sekolah saya, 5 lelaki dan 2 perempuan. Tidak meletakan sebarang target yang besar. Sekadar pendedahan dan pengalaman.. Semoga budak-budak saya berjaya.. amin..

Kali nie yuran penyertaan RM400 .. Takder sponsor and takder peruntukan... tapi tak per kita cuba usahakan mana yang termampu.. yang penting biar remaja kita bersilat dari merempit..

Saturday, February 19, 2011

Gelanggang Baru Setiabakti Tahun 2011

Salam semua...

Terkini saya baru saja memulakan sesi 2011 dengan membuka gelanggang setiabakti di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan.. Silibus penuh setiabakti akan diajar. Bagi yang berminat sila hadirkan diri mengikut maklumat berikut : -

Hari : Setiap Hari Ahad
Waktu : 9 - 10 Pagi
Tempat : Dewan Dagang Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru
Penyertaan : Untuk Kelas Dewasa Sahaja

Setakat ini, sudah ada 3 orang pelatih baru. Selepas jam 10 pagi, saya akan memulakan latihan untuk pelajar sekolah SMTPJB dengan latihan silat olahraga. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.