Showing posts with label silat seni. Show all posts
Showing posts with label silat seni. Show all posts

Sunday, June 27, 2010

Tahniah - Tempat Ketiga Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Dan Jemputan Antarabangsa



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Berikut laporan terkini tentang penyertaan anak-anak murid(Team Pencak Silat SMTPJB) saya yang menyertai pertandingan Pencak Silat (Silat Olahraga) Terbuka Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor.

Pada 26 Jun yang lepas, 3 orang pesilat dari sekolah saya telah menyertai satu pertandingan silat olahraga di Klang, Selangor. Kejohanan ini dijalankan secara pertandingan berpasukan 3 orang dan fomat perlawanan kalah mati diguna pakai..

46 pasukan telah menyertai pertandingan sehari ini. yang bermula jam 9.45 pagi dan tamat pada 9.30 malam.

Alhamdulillah dengan kebesaran Allah S.W.T pasukan silat sekolah saya telah berjaya meraih tempat ke 3 keseluruhan dari 46 pasukan yang bertanding. Biarpun hanya tempat ketiga ia merupakan satu perkembangan yang terbaik untuk 2 orang anak buah saya yang baru pertama kali menyertai pertandingan silat olahraga.. Manakala seorang lagi sudah berpengalaman sebagi pesilat remaja negeri Johor... Biar pun begitu.. banyak pengalaman telah ditimba oleh anak2 didik saya sekaligus menambahkan pengalaman sebgai seorang "fighter" silat..

Saya turut membawa pesilat wanita untuk bersama dalam perjuangan ini.. Mungkin kerana dek pengalaman pasukan wanita saya hanya sekadar melepasi pusingan pertama dan tewas kerana kecederaan pada pusingan kedua.. Apa pun tahniah jua untuk anda kerana terus bersemangat..




Apa yang saya pelajari dari kejohanan ini ialah,silat olahraga berpasukan ini perlu kepada kefahaman taktikal yang mendalam agar dapat mencari mata dengan cepat. Dalam pertandingan ini saya menggalakan pesilat saya agar terus mencari mata melalui serangan "kombinasi" dan "Counter - Kombinasi".. Mengurangkan sapuan kerana sapuan mengambil masa yang lama dan mengurangkan tenaga..Walaumacamanapun saya lebih bersikap terbuka kepada pelatih sekiranya mereka mempunyai peratusan yang tinggi untuk mencuri mata dari sapuan, saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan.. Selain dari kombinasi dan counter-kombinasi, kaedah "Potong Alam Gelap Alam Terang" juga digunapakai oleh pesilat saya..Semua teknik yang diilhamkan oleh guru saya Abang Ruzaidi Abd.Rahman merupakan senjata utama taktikal dalam pertandingan berpasukan yang singkat..



Biarpun begitu, kami tewas dengan pesilat dari PPD-Klang pada pusingan separuh akhir.. Pihak lawan lebih kepada sikap "defensive", menunggu dan menanti lawan untuk membuat jatuhan..Banyak serangan yang dibatalkan oleh pihak lawan.. Dari sini dapat dipelajari, bahawa pelatih saya perlu kepada upgrade teknik seterusnya... "Refleck" , "Pancingan", "Guntingan" dan "Counter Defence Attacking"..


Akhir Sekali ribuan terima kasih sekali kepada guru silat olahraga saya Abang Ruzaidi Abd.Rahman (Wak Didi)yang banyak membantu saya dalam penghasilan teknik yang berkesan dan kepada sahabat silat yang setia bersama-sama memerah tenaga dan menyumbangkan teknik dan idea kepada anak didik saya..Hamzah Ali (Black) dan juga Paktam ... Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian...

Berikut ialah beberapa sorotan gambar dari arena pertandingan Kejohanan Silat Olahraga KISAS, Klang, Selangor... :-





Thursday, May 27, 2010

Baju Silat Termurah Di Pasaran

Baju Silat Termurah Di Pasaran
Salam.. suka saya nak info kat sini... tentang baju silat.. sesiapa yang berminat untuk dapatkan baju silat termurah dipasaran lengkap baju+seluar+ talipinggang(hitam) dengan 3 kategori berikut :-

Model Biasa RM 55 - baju mampu milik dengan kain yang bermutu :-






Model Full Ribbed RM 60 (Baju berjalur halus) - Kualiti Kain yang tebal. :-



Model Diamond RM 65 (Baju ada corak diamond) -Kain tebal dan jahitan yang bagus.. :-




Semua saiz ada.. S SM M ML LXL XL XXL - kalau kiraan nombor dari saiz 3 sehingga 10

Sesiapa berminat sila hubungi saya segera di talian 0127976977 ... Kalau area Johor Bahru datang terus berjumpa saya... kalau pos sila tambah RM 6 .. courier guna Gdex Express..

BONUS ; Untuk tempahan baju silat 10 Pasang Keatas percuma sepasang baju silat...

Buat masa kini.. saiz terhad.. kerana stok semakin berkurangan...Permintaan yang menggalakan Tempahan juga boleh dilakukan..

Cara tempahan : SMS atau call saya.. dan sebutkan saiz dan jumlah pasangan.. kalau nak tengok contoh boleh jumpa saya terus ( Area JB)..

No Akaun Maybank : 151061204945
Pemegang Akaun : Alwee Bin Shamrin

Tuesday, September 22, 2009

SILAT OLAHRAGA - DVD oleh Cikgu RUzaidi Abd.Rahman


Salam.. Selamat Hari Raya Aidilfitri...

Untuk hari raya ni saya bersama beberapa orang sahabat saya sedang mempromosikan satu DVD yang istimewa bagi saya iaitu DVD latihan silat olahraga oleh Cikgu Ruzaidi.. Bekas juara kebangsaan dan dunia silat olahraga. 31 oktober ni hari pelancaranya.. daftar lah segera.. Berikut review tentang DVD tersebut :-



------------------------------------------------------------------------

DVD latihan silat olahraga oleh bekas juara kebangsaan dan dunia. Semua aksi di rakam menggunakan handy cam sony DCR - SR42. Editing BY Corel Video Studio 12. Kualiti HD. InsyaAllah segala tips dan teknik dapat dilihat dan difahami dengan jelas.

DVD akan dilancarkan pada akhir bulan Oktober 2009 . DVD Siri 1 ini merangkumi latihan asas, teknik tumbukan, tendangan, jatuhan, serangan, belaan dan falsafah dalam pertempuran silat olahraga. Teknik yang anda perolehi ini boleh digunakan dalam pemakaian seharian.



Daftar Sekarang di http://silatolahraga.betakos.com untuk mendapatkan diskaun hebat untuk DVD akan datang serta diskaun kursus yang di anjurkan oleh Akademi Alam Satria sepenuhnya dikendalikan oleh Master Ruzaidi. DVD hanya akan dicetak sebanyak 100 salinan sahaja untuk jualan di Malaysia sahaja. Untuk Salinan seterusnya akan dinaikan harga kepada harga antarabangsa, hal ini kerana selepas 100 salinan di keluarkan ianya akan di pasarkan ke pasaran antarabangsa mengikut harga matawang asing.

Jika anda mendaftar hari ini, anda akan menerima mp4 tips dan petua dari Master Ruzaidi selama 20 minit khususnya dalam Silat Olahraga secara percuma.

Daftar Sekarang di http://www.silatolahraga.betakos.com.