Thursday, November 27, 2008

Gelanggang Setiabakti Di Johor Bahru


Assalammualaikum... dan salam sejahtera untuk semua...

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.. blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan info terkini tentang perkembangan silat setiabakti di Negeri Johor.

Saya Cikgu Alwee merupakan seorang jurulatih bertauliah yang telah mendapat amanat dari Pengasas Perguruan Seni Silat Setiabakti, Guru Dahlan Karim yang berpusat di Negeri Selangor untuk mengembangkan seni silat perguruan Setiabakti ini di Negeri Johor. Wujudnya gelanggang Setiabakti di Negeri Johor ini adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi seni yang amat bernilai ini kepada sapa sahaja tidak kira bangsa dan agama..

Buat masa kini perguruan ini hanya membuka gelanggang umumnya di daerah Kota Tinggi (daerah jiran Johor Bahrui) .. InsyaAllah sedikit masa lagi akan di buka di daerah Johor Bahru..

Selain gelanggang umum saya juga telah bersedia untuk menerima ahli yang berminat untuk menjalani kursus Intensif pada hari cuti minggu.. Didalam kursus intensif ini ahli yang menyertai perguruan ini boleh memilih dari mana-mana silibus pelajaran yang disukai dan diminati.. Tidak seperti perguruan yang lain meletakan tempoh yang lama untuk berpindah dari satu silibus ke silibus yang lain... Antara silibus yang di ajar dalam kursus intensif ialah :-
  1. Pukulan Buah Melaka Setiabakti ( 2 Hari )*
  2. Pukulan Tujuh Hari Setiabakti (Sehari)*
  3. Teknik Parang Tangan Kosong Setiabakti ( 2 hari )*
  4. Teknik Seni Tongkat Setiabakti ( 3 Hari )*
*Mengikut kemampuan peserta.

Kursus intensif ini diwujudkan atas dasar permintaan orang ramai pada masa kini yang sibuk dengan tugas harian. Kesempitan waktu menyebabkan minat untuk mendalami seni beladiri warisan bangsa ini terbantut di tengah jalan... Justeru itu hasil dari buah pikiran Guru Utama Perguruan, Guru Dahlan Karim maka tercetuslah idea untuk memudahkan mereka yang berminat untuk menguasai teknik ini dalam masa yang singkat tanpa berlatih sehingga bertahun-tahun..

Perlu diingatkan disini bahawa setiap ahli yang menjalani kursus intensif ini insyaAllah akan dapat menguasai sepenuhnya teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini dalam masa yang singkat. Untuk mendpatkan kemahiran dan ketangkasan yang tinggi ahli perlu melaksanakan ulangan pelaziman teknik yang mudah ini..

Teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini akan menyebabkan ahli mengamalkan terus teknik yang dipelajari untuk dipakai sebagai keselamatan diri.. Setidak-tidaknya mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi ujian maruah yang datang dari penjenayah dan penjahat yang tidak dapat dielakan lagi sekaligus melepaskan diri dari ujian yang sampai...

Berbanding dengan orang yang tidak belajar, ketika di uji pasti penyerahan totally kepada penjenayah akan berlaku dan menyebabkan kita berada dalam kerugian.. Begitu juga dengan mereka yang belajar bertahun-tahun tapi tidak dapat mengeleuarkan teknik melepaskan diri..

Oleh yang demikian sya menyeru kepada semua khalifah dimuka bumi ini khususnya di Negeri Johor untuk menguasai teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini untuk bekalan dan pemakaian diri... Peluang untuk menjadi jurulatih dan mengembangkanya turut ada dalam kursus ini sekaligu menambahkan pendapatan..

Sudah tiba waktunya Setiabakti memecah mentaliti lemah orang terhadap silat melayu yang banyak berbunga, lembik dan lambat kepada Silat yang mudah dipelajari, dikuasai dan dipakai dalam masa yang singkat.. Sudah tiba waktunya silat akan mengungguli Seni Beladiri duni..

Bagi yang berminat boleh hubungi :-
Alwee Bin Shamrin
0127976977
Bandar Baru Uda,
Johor Bahru