Thursday, January 8, 2009

Rahsia Buah Pukulan Setiabakti


Dalam pelajaran Seni Silat Setiabakti terdapat pembelajaran "buah pukulan". Bagi saya silibus pembelajaran buah pukulan Setiabakti ni amat istimewa bagi saya kerana ianya mudah, ringkas dan penyudahnya yang amat istimewa kerana teknik buah pukulan ini tidak banyak "bermalam".Walaupun pada sesetengah keadaan bermalam ada gunanya juga, tetapi apabila disebut dalam "buah pukulan" segerak, seturut dan serasa merupakan natijahnya.

Dimulai dengan "buah sulung" yang disasarkan kearah anggota-anggota yang paling lemah menyebabkan musuh akan terkulai lebih awal sekaligus hilang tumpuan. Bagi saya yang sudah mengambil "rasa" ianya secara logik memang berkesan. Dari "buah sulung" disusuli dengan 2 atau 3 seturut InsyaAllah cukup untuk melemahakan pegerakan musuh. Bukan membeladiri sahaja diperturunkan bahkan untuk teknik menyerang pun turut disertakan.

Penguasaan buah sulung adalah satu asas yang perlu ditekankan bagi menjayakan teknik seterusnya.. Bagi saya teknik nie berbentuk "fleksible".. Bermula dengan buah sulung seterusnya boleh dipelbagaikan dengan buah-buah pukulan yang lain ataupun bagi mereka yang pernah mempelajari mana-mana aliran displin silat lain juga merupakan satu kelebihan kerana ia juga boleh diaplikasikan dengan teknik buah pukulan setibakti ini. Asasnya buah pukulan setiabakti dan boleh disudahkan dengan seturut, jatuhan dan juga kuncian.

Secara logiknya, sekira kita bertempur dengan sebenar-benar musuh.. Kita tidak punya masa yang lama untuk menyelamatkan diri.. Maka dengan buah pukulan InsyaAllah ianya pasti dapat memberi "impak" yang besar kepada musuh. Kadang-kadang kita perhatikan aksi pertarungan didalam televisyen seakan-akan lama waktunya bertempur tapi pada hakikatnya benarkah begitu? Bagi saya adegan pertarungan didalam cerita-cerita televisyen itu hanya penuh dengan "wayang" dan hiburan sahaja. Tetapi mentaliti kebanyakan orang mengatakan itu yang paling hebat.

Belum dicampur tolak dengan faktor umur, fizikal badan dan pergerakan pernafasan kita. Untuk bertempur dalam tempoh 3 minit pun pasti sukar... Melainkan individu itu sememangnya dilatih sebagi seorang "fighter", walaupun kita menerima latihan sebagai seorang "fighter" ia juga mempunyai tahap maksima penggunaan tenaga.. Cubalah kita sama-sama renungkan.

Saya berani berkata begini kerana saya mempunyai sedikit pengalaman sebagai seorang pesilat olahraga yang pernah bertempur sebagai fighter yang menjalani latihan khas silat olahraga yang sememangnya mendatangkan kebaikan sehingga memberi kemenangan dalam siri pertempuran olahraga dan juga berpengalaman sebagai pesilat olahraga yang kecundang kerana tidak cukup latihan khas.

Dengan tuntutan dunia hari ini, kesibukan masa dan bermacam-macam lagi.. Untuk melatih diri kita sebagai seorang ahli tempur pasti amat sukar. Jadi, dengan mempelajari teknik buah pukulan ni, InsyaAllah ianya cukup untuk pemakaian dalam hal-hal yang terdesak kerana buah pukulan setiabakti ni amat ringkas, mudah, cepat dan berkesan InsyaAllah.

Apapun penyerahan total kepada Allah adalah segala-galanya disusuli dengan usaha mempelajari ilmu beladiri. "Belajar tentang kehebatan bukan untuk menjadi hebat kerana sehebat-hebat manusia pasti ada lagi hebat. Sehebat mana pun manusia tu hakikatnya adalah lemah kerana manusia itu adalah mahkluk. Belajarlah tentang kehebatan untuk mengenal Pencipta Kehebatan kerana Pencipta kehebatan akan memberi HEBAT kepada manusia yang mengakui kehebataNya" Itulah kekuatan abadi dan hakiki. Usaha yang disertai dengan tawakal.