Thursday, June 9, 2011

Keputusan Pertandingan Kejuaraan Pencak Silat, Pemilihan Remaja Kebangsaan dan Permilihan Bakat SUKMA, Peringkat Negeri Johor Tahun 2011



Assalammualikum..

Dah berbulan tanpa pos, baru kali nie baru nak pos sementara belum naik sekolah nie..

Seminggu yang lepas saya telah membawa 17 orang anak didik saya dari SMT PErdagangan JB ke pertandingan Kejuaraan Pencak Silat, Pemilihan Remaja Kebangsaan dan Permilihan Bakat SUKMA, Peringkat Negeri Johor Tahun 2011 yang diadakan mengikut butiran berikut:-

Tarikh: 26-29 Mei 2011
Masa: 8:00 pagi - 10:00 malam
Tempat: Atrium Aras1, The Zon Mall, Johor Bahru

Memang meriah pertandingan kali nie.. 187 orang pesilat bertanding dari seluruh daerah dan persatuan negeri Johor... Dah lama tak lihat kemeriahan pertandingan silat begini..

Dari 17 anak didik yang menyertai pertandingan ini, Alhamdulillah sudah ada peningkatan dari pertandingan yang lepas.. kali ini 2 orang pelajar saya yang berjaya sampai ke Final.. Tahniah diucapkkan.. walaupun baru pertama kali main dan baru 5 bulan berlatih dah dapat hasil yang agak baik..

Walaubagaimanapun, hasil penelitian post moterm terhadap pesilat saya, masih ramai yang gagal memaparkan pola langkah 8 dengan baik, langkah dan penghayatan silat dalam bertempur masih kurang, sering terikut2 lawan dan terlalu gemuruh. InsyaAllah akan diperbaiki dari masa ke semasa..

Keputusan penuhnya, dapat 2 perak dan 7 gangsa.. Penat nak taip.. Jom tengok gambar jerk ..