Sunday, June 27, 2010

Tahniah - Tempat Ketiga Kejohanan Pencak Silat Sekolah-Sekolah Malaysia Dan Jemputan Antarabangsa



Assalammualaikum dan Salam Sejahtera semua..

Berikut laporan terkini tentang penyertaan anak-anak murid(Team Pencak Silat SMTPJB) saya yang menyertai pertandingan Pencak Silat (Silat Olahraga) Terbuka Sekolah-Sekolah Malaysia dan Jemputan Antarabangsa di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), Klang, Selangor.

Pada 26 Jun yang lepas, 3 orang pesilat dari sekolah saya telah menyertai satu pertandingan silat olahraga di Klang, Selangor. Kejohanan ini dijalankan secara pertandingan berpasukan 3 orang dan fomat perlawanan kalah mati diguna pakai..

46 pasukan telah menyertai pertandingan sehari ini. yang bermula jam 9.45 pagi dan tamat pada 9.30 malam.

Alhamdulillah dengan kebesaran Allah S.W.T pasukan silat sekolah saya telah berjaya meraih tempat ke 3 keseluruhan dari 46 pasukan yang bertanding. Biarpun hanya tempat ketiga ia merupakan satu perkembangan yang terbaik untuk 2 orang anak buah saya yang baru pertama kali menyertai pertandingan silat olahraga.. Manakala seorang lagi sudah berpengalaman sebagi pesilat remaja negeri Johor... Biar pun begitu.. banyak pengalaman telah ditimba oleh anak2 didik saya sekaligus menambahkan pengalaman sebgai seorang "fighter" silat..

Saya turut membawa pesilat wanita untuk bersama dalam perjuangan ini.. Mungkin kerana dek pengalaman pasukan wanita saya hanya sekadar melepasi pusingan pertama dan tewas kerana kecederaan pada pusingan kedua.. Apa pun tahniah jua untuk anda kerana terus bersemangat..




Apa yang saya pelajari dari kejohanan ini ialah,silat olahraga berpasukan ini perlu kepada kefahaman taktikal yang mendalam agar dapat mencari mata dengan cepat. Dalam pertandingan ini saya menggalakan pesilat saya agar terus mencari mata melalui serangan "kombinasi" dan "Counter - Kombinasi".. Mengurangkan sapuan kerana sapuan mengambil masa yang lama dan mengurangkan tenaga..Walaumacamanapun saya lebih bersikap terbuka kepada pelatih sekiranya mereka mempunyai peratusan yang tinggi untuk mencuri mata dari sapuan, saya serahkan kepada mereka untuk membuat keputusan.. Selain dari kombinasi dan counter-kombinasi, kaedah "Potong Alam Gelap Alam Terang" juga digunapakai oleh pesilat saya..Semua teknik yang diilhamkan oleh guru saya Abang Ruzaidi Abd.Rahman merupakan senjata utama taktikal dalam pertandingan berpasukan yang singkat..



Biarpun begitu, kami tewas dengan pesilat dari PPD-Klang pada pusingan separuh akhir.. Pihak lawan lebih kepada sikap "defensive", menunggu dan menanti lawan untuk membuat jatuhan..Banyak serangan yang dibatalkan oleh pihak lawan.. Dari sini dapat dipelajari, bahawa pelatih saya perlu kepada upgrade teknik seterusnya... "Refleck" , "Pancingan", "Guntingan" dan "Counter Defence Attacking"..


Akhir Sekali ribuan terima kasih sekali kepada guru silat olahraga saya Abang Ruzaidi Abd.Rahman (Wak Didi)yang banyak membantu saya dalam penghasilan teknik yang berkesan dan kepada sahabat silat yang setia bersama-sama memerah tenaga dan menyumbangkan teknik dan idea kepada anak didik saya..Hamzah Ali (Black) dan juga Paktam ... Semoga Allah sahaja yang membalas jasa kalian...

Berikut ialah beberapa sorotan gambar dari arena pertandingan Kejohanan Silat Olahraga KISAS, Klang, Selangor... :-





Tuesday, June 8, 2010

Kaedah Pembayaran Baju Silat - Tunai - Bank In - Cek & Kad Kredit

Salam.. semua pengunjung..

Kepada yang ingin menempah..berikut kaedah pembayaran yang kami terima dan cara membuat tempahan..

1. Sila nyatakan saiz ke email alweeshamrin@gmail.com
2. Buat pembayaran melalui kaedah berikut :-

(a) Bank In / Cek :-
1.Maybank : No Akaun : 151061204945 ( Alwee Shamrin )
2.CIMB : No Akaun : 013 00000 276200 ( Alwee Shamrin )

Selepas membuat pembayaran, urusan penghantaran memakan masa maksima 5 hari bekerja atau kurang. Bergantung kepada stok.

(b) Kredit Kad / Paypal - Sila gunakan kaedah pembayaran dibawah ini :-





Jenis Baju Silat






Jika anda menggunakan kredit kad atau paypal, anda akan dikenakan cas 2.9% untuk pembayaran cas Paypal. kaedah penghantaran juga seperti di atas..

Sekiranya anda ingin membeli lebih dari satu pasang.. sila pilih dahulu jenis baju silat dan seterusnya anda akan dibawa ke paypal shoping cart dan sila tukar nilai "quantity" untuk pertambahan bilangan dan klik update. semua harga yang terpapar termasuk harga pos dan tax 2.9 %.