Wednesday, February 11, 2009

Setiabakti Di Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor

Assalammualikum dan salam sejahtera..

Lama sudah saya tidak postkan artikel terbaru... terima kasih kepada pengunjung-pengunjung semua yang sudi melayari blog persilatan Setiabakti Johor Bahru.

Kali nie saya akan paparkan artikel berkenaan pergerakan persatuan Setiabakti di Johor.
Alhamdulillah, semenjak bulan oktober 2008 sehingga sekarang, aktiviti gelanggang pertama saya di Johor telah pun berjalan dengan baiknya... Sesi latihan biasanya dijalankan pada

setiap Jumaat sebelah malam- 9 hingga 10.30 malam. Lokasi gelanggang ini terletak di Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi Johor (Daerah yang bersebelahan dengan daerah Johor Bahru).

Penubuhan kelab silat ini adalah melalui hubungan baik dengan barisan BELIA kampung sungai Telor yang sememangnya aktif dalam program-program membina modal insan.

Penyertaan ahli dari pelbagai lapis umur. Dari 7 hingga 16 tahun.. Penyertaan adalah sememangnya menggalakan. kelihatan remaja di kampung ini dahagakan ilmu persilatan. Bahkan diintai juga oleh kampung sebelah. Pada peringkat asas, mereka diajar dengan langkah panglima, langkah panglima pecah 4 di ikuti Jurusan dan buah pukulan.

InysaAllah kemungkinan besar pada bulan Mac 2009 ini akan diadakan perasmian pertama penubuhan kelab silat setiabakti kampung sungai telor.


1.2 Sesi asas buah pukulan


InsyaAllah dalam bulan Mac 2009, kelas buah pukulan untuk dewasa akan dibuka di Kampung yang sama juga. Mudah-mudahan perjuangan ini akan berjaya..

Sedikit gambar dari saya :-

Thursday, January 8, 2009

Rahsia Buah Pukulan Setiabakti


Dalam pelajaran Seni Silat Setiabakti terdapat pembelajaran "buah pukulan". Bagi saya silibus pembelajaran buah pukulan Setiabakti ni amat istimewa bagi saya kerana ianya mudah, ringkas dan penyudahnya yang amat istimewa kerana teknik buah pukulan ini tidak banyak "bermalam".Walaupun pada sesetengah keadaan bermalam ada gunanya juga, tetapi apabila disebut dalam "buah pukulan" segerak, seturut dan serasa merupakan natijahnya.

Dimulai dengan "buah sulung" yang disasarkan kearah anggota-anggota yang paling lemah menyebabkan musuh akan terkulai lebih awal sekaligus hilang tumpuan. Bagi saya yang sudah mengambil "rasa" ianya secara logik memang berkesan. Dari "buah sulung" disusuli dengan 2 atau 3 seturut InsyaAllah cukup untuk melemahakan pegerakan musuh. Bukan membeladiri sahaja diperturunkan bahkan untuk teknik menyerang pun turut disertakan.

Penguasaan buah sulung adalah satu asas yang perlu ditekankan bagi menjayakan teknik seterusnya.. Bagi saya teknik nie berbentuk "fleksible".. Bermula dengan buah sulung seterusnya boleh dipelbagaikan dengan buah-buah pukulan yang lain ataupun bagi mereka yang pernah mempelajari mana-mana aliran displin silat lain juga merupakan satu kelebihan kerana ia juga boleh diaplikasikan dengan teknik buah pukulan setibakti ini. Asasnya buah pukulan setiabakti dan boleh disudahkan dengan seturut, jatuhan dan juga kuncian.

Secara logiknya, sekira kita bertempur dengan sebenar-benar musuh.. Kita tidak punya masa yang lama untuk menyelamatkan diri.. Maka dengan buah pukulan InsyaAllah ianya pasti dapat memberi "impak" yang besar kepada musuh. Kadang-kadang kita perhatikan aksi pertarungan didalam televisyen seakan-akan lama waktunya bertempur tapi pada hakikatnya benarkah begitu? Bagi saya adegan pertarungan didalam cerita-cerita televisyen itu hanya penuh dengan "wayang" dan hiburan sahaja. Tetapi mentaliti kebanyakan orang mengatakan itu yang paling hebat.

Belum dicampur tolak dengan faktor umur, fizikal badan dan pergerakan pernafasan kita. Untuk bertempur dalam tempoh 3 minit pun pasti sukar... Melainkan individu itu sememangnya dilatih sebagi seorang "fighter", walaupun kita menerima latihan sebagai seorang "fighter" ia juga mempunyai tahap maksima penggunaan tenaga.. Cubalah kita sama-sama renungkan.

Saya berani berkata begini kerana saya mempunyai sedikit pengalaman sebagai seorang pesilat olahraga yang pernah bertempur sebagai fighter yang menjalani latihan khas silat olahraga yang sememangnya mendatangkan kebaikan sehingga memberi kemenangan dalam siri pertempuran olahraga dan juga berpengalaman sebagai pesilat olahraga yang kecundang kerana tidak cukup latihan khas.

Dengan tuntutan dunia hari ini, kesibukan masa dan bermacam-macam lagi.. Untuk melatih diri kita sebagai seorang ahli tempur pasti amat sukar. Jadi, dengan mempelajari teknik buah pukulan ni, InsyaAllah ianya cukup untuk pemakaian dalam hal-hal yang terdesak kerana buah pukulan setiabakti ni amat ringkas, mudah, cepat dan berkesan InsyaAllah.

Apapun penyerahan total kepada Allah adalah segala-galanya disusuli dengan usaha mempelajari ilmu beladiri. "Belajar tentang kehebatan bukan untuk menjadi hebat kerana sehebat-hebat manusia pasti ada lagi hebat. Sehebat mana pun manusia tu hakikatnya adalah lemah kerana manusia itu adalah mahkluk. Belajarlah tentang kehebatan untuk mengenal Pencipta Kehebatan kerana Pencipta kehebatan akan memberi HEBAT kepada manusia yang mengakui kehebataNya" Itulah kekuatan abadi dan hakiki. Usaha yang disertai dengan tawakal.

Thursday, November 27, 2008

Gelanggang Setiabakti Di Johor Bahru


Assalammualaikum... dan salam sejahtera untuk semua...

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.. blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan info terkini tentang perkembangan silat setiabakti di Negeri Johor.

Saya Cikgu Alwee merupakan seorang jurulatih bertauliah yang telah mendapat amanat dari Pengasas Perguruan Seni Silat Setiabakti, Guru Dahlan Karim yang berpusat di Negeri Selangor untuk mengembangkan seni silat perguruan Setiabakti ini di Negeri Johor. Wujudnya gelanggang Setiabakti di Negeri Johor ini adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi seni yang amat bernilai ini kepada sapa sahaja tidak kira bangsa dan agama..

Buat masa kini perguruan ini hanya membuka gelanggang umumnya di daerah Kota Tinggi (daerah jiran Johor Bahrui) .. InsyaAllah sedikit masa lagi akan di buka di daerah Johor Bahru..

Selain gelanggang umum saya juga telah bersedia untuk menerima ahli yang berminat untuk menjalani kursus Intensif pada hari cuti minggu.. Didalam kursus intensif ini ahli yang menyertai perguruan ini boleh memilih dari mana-mana silibus pelajaran yang disukai dan diminati.. Tidak seperti perguruan yang lain meletakan tempoh yang lama untuk berpindah dari satu silibus ke silibus yang lain... Antara silibus yang di ajar dalam kursus intensif ialah :-
  1. Pukulan Buah Melaka Setiabakti ( 2 Hari )*
  2. Pukulan Tujuh Hari Setiabakti (Sehari)*
  3. Teknik Parang Tangan Kosong Setiabakti ( 2 hari )*
  4. Teknik Seni Tongkat Setiabakti ( 3 Hari )*
*Mengikut kemampuan peserta.

Kursus intensif ini diwujudkan atas dasar permintaan orang ramai pada masa kini yang sibuk dengan tugas harian. Kesempitan waktu menyebabkan minat untuk mendalami seni beladiri warisan bangsa ini terbantut di tengah jalan... Justeru itu hasil dari buah pikiran Guru Utama Perguruan, Guru Dahlan Karim maka tercetuslah idea untuk memudahkan mereka yang berminat untuk menguasai teknik ini dalam masa yang singkat tanpa berlatih sehingga bertahun-tahun..

Perlu diingatkan disini bahawa setiap ahli yang menjalani kursus intensif ini insyaAllah akan dapat menguasai sepenuhnya teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini dalam masa yang singkat. Untuk mendpatkan kemahiran dan ketangkasan yang tinggi ahli perlu melaksanakan ulangan pelaziman teknik yang mudah ini..

Teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini akan menyebabkan ahli mengamalkan terus teknik yang dipelajari untuk dipakai sebagai keselamatan diri.. Setidak-tidaknya mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika menghadapi ujian maruah yang datang dari penjenayah dan penjahat yang tidak dapat dielakan lagi sekaligus melepaskan diri dari ujian yang sampai...

Berbanding dengan orang yang tidak belajar, ketika di uji pasti penyerahan totally kepada penjenayah akan berlaku dan menyebabkan kita berada dalam kerugian.. Begitu juga dengan mereka yang belajar bertahun-tahun tapi tidak dapat mengeleuarkan teknik melepaskan diri..

Oleh yang demikian sya menyeru kepada semua khalifah dimuka bumi ini khususnya di Negeri Johor untuk menguasai teknik yang mudah, ringkas dan berkesan ini untuk bekalan dan pemakaian diri... Peluang untuk menjadi jurulatih dan mengembangkanya turut ada dalam kursus ini sekaligu menambahkan pendapatan..

Sudah tiba waktunya Setiabakti memecah mentaliti lemah orang terhadap silat melayu yang banyak berbunga, lembik dan lambat kepada Silat yang mudah dipelajari, dikuasai dan dipakai dalam masa yang singkat.. Sudah tiba waktunya silat akan mengungguli Seni Beladiri duni..

Bagi yang berminat boleh hubungi :-
Alwee Bin Shamrin
0127976977
Bandar Baru Uda,
Johor Bahru