Wednesday, March 9, 2011

Jom Tengok Remaja Silat - Kejuaraan Silat International Inter- Club




2ndJUNIORS INTERNATIONAL
PENCAK SILAT INTER-CLUB
JOHOR BAHRU 2011
PIALA DATUK NUR JAZLAN BIN TAN SRI HJ MOHAMED RAHMAT
PENGERUSI UDA HOLDINGS BERHAD MERANGKAP AHLI PARLIMEN PULAI

“SERUMPUN MELAYU SEMARAK PENDEKAR”
ANJURAN
PERSATUAN SILAT KEBANGSAAN JOHOR BAHRU
( PESAKA DAERAH JOHOR BAHRU )

DENGAN KERJASAMA

PARLIMEN PULAI
MAJLIS TINDAKAN PELANCONGAN NEGERI JOHOR
UNIT SUKAN BERPRESTASI TINGGI NEGERI JOHOR
JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
JABATAN KEBUDAYAAN , KESENIAN WARISAN NEGARA
NEGERI JOHOR
MAJLIS BANDARAYA JOHOR BAHRU ( MBJB )
PERBADANAN STADIUM NEGERI JOHOR
PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JOHOR BAHRU
AHLI GABUNGAN PESAKA JOHOR BAHRU

CADANGAN TARIKH :
15HB MARCH 2011-20HB MARCH 2011

CADANGAN TEMPAT : BERTEMPAT
DIPUSAT BELI BELAH /KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR

========================================================================

Minggu depan nie waktu cuti sekolah, akan diadakan pertandingan silat remaja mengikut maklumat diatas... Jadi untuk remaja yang tak tau nak buat apa cuti2 sekolah nie, Jom Kita Tengok silat..

Dalam pertandingan kali nie, saya menguruskan pasukan bagi persatuan Kota Tinggi. Saya turut menghantar pelajar dari sekolah saya,sekolah Teknik Perdagangan. Saya hanya membawa 7 orang pesilat dari sekolah saya, 5 lelaki dan 2 perempuan. Tidak meletakan sebarang target yang besar. Sekadar pendedahan dan pengalaman.. Semoga budak-budak saya berjaya.. amin..

Kali nie yuran penyertaan RM400 .. Takder sponsor and takder peruntukan... tapi tak per kita cuba usahakan mana yang termampu.. yang penting biar remaja kita bersilat dari merempit..

Saturday, February 19, 2011

Gelanggang Baru Setiabakti Tahun 2011

Salam semua...

Terkini saya baru saja memulakan sesi 2011 dengan membuka gelanggang setiabakti di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan.. Silibus penuh setiabakti akan diajar. Bagi yang berminat sila hadirkan diri mengikut maklumat berikut : -

Hari : Setiap Hari Ahad
Waktu : 9 - 10 Pagi
Tempat : Dewan Dagang Sekolah Teknik Perdagangan Johor Bahru
Penyertaan : Untuk Kelas Dewasa Sahaja

Setakat ini, sudah ada 3 orang pelatih baru. Selepas jam 10 pagi, saya akan memulakan latihan untuk pelajar sekolah SMTPJB dengan latihan silat olahraga. Hubungi saya segera untuk maklumat lanjut.

Friday, October 15, 2010

Giliran Cikgu Pulak - Sejarah 11 Tahun Yang lalu berulang - Emas Untuk Kategori H (80 - 85 Kg)


Assalammualaikum...

Dah lama tak pos kat blog nie.. Kali nie post nak cerita tentang silat olahraga.. Hari nie 15 /10 /2010 Sejarah untuk saya dalam bidang silat olahraga berulang kembali setelah 11 tahun menanti...Kalau 11 tahun dulu saya menjadi juara dalam kejuaraan silat pemilihan sukma 2000.. Kini, Tepat Jam 10.45 malam tadi, dengan izin dan Kebesaran Allah S.w.t saya telah berjaya menjuarai pertandingan silat olahraga untuk Kelas H. Pertandingan pemilihan kebangsaan untuk negeri Johor...yang berlangsung di Universiti Tun Hussein Malaysia (UTHM)

Dalam pertandingan nie, niat pertama bukanlah untuk memenangi pertandingan ini. Cukup sekadar menyertai dan melihat kemampuan diri dalam penguasaan Silat Olahraga.. Biarpun begitu, saya turut membuat persediaan mental dan fizikal dengan kadar yang termampu sahaja.. Alhamdulillah di izinkan Allah untuk menang sebagai Johan yang merupakan niat kedua.. Semuanya dari Tuhan Untuk Tuhan.. Dan untuk anak-anak didik yang pernah belajar dengan saya, ini hadiah dari saya untuk anda semua..

Biarpun perlawanan tidak banyak dan bukanlah pertandingan yang besar. Tapi cukup bermakna sebagai seorang pembantu jurulatih silat mempamerkan teknik yang diajar..Dan yang paling bermakna biarpun sudah berusia awal 30 an, masih mampu bertahan di Gelanggang. Alhamdulillah..

Apa pun jom layan priview teknik yang saya gunakan.. tak lah hebat mana.. cuma rasa bersyukur sangat.. Apa yang diajar oleh Cikgu Ruzaidi kepada saya dapat saya amalikan kali nie... Terima kasih abang Ruzaidi atas doa dan nasihatnya.. Semoga Allah membalas jasa anda..

PERLAWANAN SEMI FINAL (Saya Bengkung Biru)



PERLAWANAN FINAL (Saya Bengkung Biru)



Video nie mempamerkan beberapa klip potongan dari perlawanan semi final dan final.. Pada perlawanan semi final, ALhamdulillah banyak jatuhan yang saya dapat lakukan.. begitu juga kombinasi serangan dan counter serangan... status lawan mempunyai fizikal yang hampir sama dengan saya..

Manakala pada perlawanan final, struktur tubuh badan lawan agak lebih besar dan lebih keras serta lebih tua dari saya dan berpengalaman.. Ketika final, tangan kiri yang biasa saya gunakan untuk permulaan serangan kombo gagal berfungsi..Bengkak tangan kiri yang diperolehi semasa semi final menyebabkan saya gagal membuat serangan kombo.. hanya mampu untuk counter dan pancingan serangan dan sapuan hadapan sebagai bonus..

Biarpun gagal melakukan serangan, saya hanya bertahan dan membuat sapuan hadapan. Alhamdulillah.. 3 sapuan berjaya saya lakukan...