Wednesday, June 10, 2009

Kursus Intensif Di rumah & Kursus Pemantapan Jurulatih

Salam semua.. lama sudah tidak melakukan posting terbaru..

Alhamdulillah.. hari ni baru tergerak untuk buat posting baru.. Tiada apa cerita baru, cuma baru saja lepas tamat sesi kursus intensif "Pukulan Buah Melaka" bersama seorang anak murid saya yang berumur 17 tahun. Semangat yang ada dan komitmen yang diberikan cukup bagus, Alhamdulilah beliau berjaya mewarisi beberapa asas pukulan buah melaka.

Latihan dibuat didalam rumah saya sahaja. Saya melakukan latihan dibantu dengan alat-alat protector seperti Thai Pad, Focus Mitt , Body target (anak Gajah) dan Body protector(Silat Body Protector).. Penggunaan alat ni semua adalah inisiatif dari saya sendiri kerana saya merasakan perlu dalam latihan dan ingin mewujudkan keadaan sebenar pertarungan..


Saya menggunakan Focus Mitt untuk melatih tumbukan "seturut". Agar tumbukan menjadi tepat dan lebih teratur.. Kerana bagi saya seturut itu mempunyai pergerakan yang amat pantas dan mempunyai "bunyi" yang tersendiri apabila dilakukan pada focus Mitt.. Tumbukan nampak sama seperti permainan silat lain tapi tak serupa sebenarnya.. Hanya yang belajar sahaja mengetahuinya.. Saya menggunakan jenama "ag-asi".. bukan jenama pada gambar ini..


Selain itu saya menggunakan "Body Protector" Silat untuk melatih "Tumbukan Sulong" dengan sasaran yang lebih tepat dan padu, agar yang melatih kurang sakitnya.. Dan saya mengikut cara cikgu Dahlan dengan mengajar seturut dengan membuka tangan..


Manakala "Thai Pad" dan "BOdy Target(anak Gajah)" saya gunakan untuk melatih tendangan dan sepakan...

Alhamdulillah sejak blog ini dilancarkan saya banyak menerima jemputan untuk kursus intensif untuk sekitar Johor Bahru.. InsyaALlah tak lama lagi selain dari Gelanggang di Sekolah Saya sendiri dan Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi.. Saya dah pun menerima jemputan untuk melatih beberapa orang belia di sekitar Air Hitam Johor.. Hanya tunggu lampu hijau sahaja dari sana...

pada bulan April yang lalu, semasa saya mengiklankan Kursus Intensif Latihan Pukulan Buah Melaka, Saya sudah berjaya menyampaikan permainan pukulan buah Melaka untuk beberapa orang dewasa yang lebih tua umurnya dari saya disekitar Johor Bahru termasuk seorang warga Singapura..

----------------------------------

Kursus Pemantapan Jurulatih


Pada 6 Jun yang lalu, saya bersama beberapa jurulatih Setiabakti yang lain telah berpeluh mengulangkaji pelajaran di Gelanggang Setiabakti Taman Permata, Ulu Klang.. Alhamdulillah, Cikgu Hamidi dan Guru Dahlan banyak membantu memudahkan saya dalam menyampaikan ilmu Pukulan Buah Melaka. Dan hasilnya hari ini saya dah pun gunakan kaedah tersebut dalam latihan intensif di rumah saya pada hari ini.. Terima Kasih Pakcik dan cikgu Hamidi...

Wednesday, March 11, 2009

Kursus Intensif Sehari Pukulan Buah Melaka


Kursus Intensif sehari pukulan buah melaka InsyaAllah akan di adakan pada 21 dan 22 Mac ini.. Khas untuk peminat buah pukul yang kesuntukan masa untuk bertandang dan menuntut dalam tempoh yang lama. InsyaAllah melalui program Intensif Setiabakti ini, peserta akan dapat menguasai kaedah dan falsafah asas buah pukulan sekaligus boleh menggunakanya. Dalam tempoh sehari InsyaAllah peserta akan dibimbing jua untuk menghayati "Gerak" lawan dan menghidupkan "Latah".

Tiada yang mustahil didalam dunia ini sekiranya menemui cara dan kaedahnya. Segalanya kita pulang dan panjatkan pada Allah yang maha Esa.. Bagi sesiapa yang berminat boleh hubungi saya di talian : 0127976977 . Bantuan nota dan cd panduan turut diberikan.

Maklumat kursus :-

Kursus : Penyampaian Pukulan Buah Melaka
Tarikh : 21 / 22 Mac 2009
Waktu : Pagi sehingga Malam
Tmpat : Di daerah Johor Bahru ( Maklumat lanjut akan diberitahu kepada yang sudah
confirm sahaja )

Wednesday, March 4, 2009

Seni Silat Setiabakti Mekar Di Johor Bahru - Aktiviti Di SM Teknik Perdagangan Johor Bahru


Salam sekali lagi..

Alhamdulillah.. Sekali lagi.. Seni Silat Setiabakti di Johor bahru menebarkan sayapnya.. Kali nie Setiabakti mula mekar tumbuh di Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru... Persatuan Seni Silat Setiabakti SMT Perdagangan telah dijemput untuk membuat persembahan pembukaan bagi majlis Kejohanan Sukan Tahunan di Sekolah tersebut.

Sekumpulan pelajar sejumlah 15 orang telah mengambil bahagian dalam persembahan ini. Dimulakan dengan pergerakan "Langkah Panglima" di ikuti " Permainan Pukulan Buah Melaka", "Pentas Tempur tangan Kosong", "1 asas buah tongkat" dan di tutupi dengan "Jurus Wajib" yang di reka khas untuk persembahan..

Alhamdulillah sepanjang persembahan semuanya berjalan dengan baik cuma terdapat sedikit kesilapan yang dilakukan(boleh dimaafkan). Semua pelajar yang turut serta dalam persembahan ni mengambil masa selama seminggu 3 hari untuk melaksanakan pergerakan dengan sempurna.


1.Langkah Panglima

-------------------------------------------
Pada 4/3/2009 Persatuan silat Sekolah ini telah mengadakan pendaftaran kedua untuk ahli barunya. Alhamdulillah seramai 46 orang pelajar telah mendaftarkan diri untuk mempelajari seni beladiri Silat Setiabakti. InsyaAllah latihan akan di adakan setiap hari Rabu jam 3.00 Petang Sehingga 5.00 Petang... Semoga usaha ini akan berterusan dan mendapat pertolongan dari Allah..

Apa yang menarik sewaktu penerimaan ahli yang baru terdapat seorang pelajar perempuan berbangsa India Kadazan turut berminat menyertai persatuan ini... Beliau juga turut bersama mengambil bahagian dalam persembahan pada hari sukan. Alhamdulillah...

Sedikit petikan gambar pada hari sukan sekolah :-



1.0 Permainan Tempur tangan Kosong Setiabakti









1.1Permainan Tempur Tangan Kosong (Buah Kacuk)







GAMBAR PENUH DI : www.flickr.com/photos/setiabakti-johor